Sungkupan menggunakan sisa taman semulajadi sebagai sumber nutrien untuk tanah anda. Dengan melakukan sungkupan tumbuhan menjadi lebih sihat. Apakah itu sungkupan?Dalam hortikultur ekologi, sungkupan merujuk kepada bahan organik seperti daun atau keratan rumput yang digunakan pada tanah untuk melindunginya dan membekalkannya dengan nutrien. Sungkupan ialah proses berbuat demikian dengan menambahkan lapisan longgar bahan tanaman yang dicincang di atas tanah. Sungkupan ialah kaedah yang bernilai untuk digunakan di hampir setiap kawasan taman anda, dan untuk tukang kebun di rumah ia juga merupakan cara terbaik untuk menjimatkan masa, wang dan usaha. Bagaimanakah sungkupan berfungsi?Sungkupan membantu tanah mengekalkan kelembapan dengan menaungi bumi dan bertindak sebagai selimut. Ini bermakna air boleh disimpan dengan lebih berkesan di dalam tanah, jadi tanah kekal gembur dan tidak akan kering terlalu cepat. Sungkupan juga membantu tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan membentuk lapisan pelindung terhadap hujan lebat dan suhu sejuk. Dari masa ke masa, bahan tumbuhan yang digunakan untuk sungkupan dipecahkan oleh cacing tanah dan organisma yang tinggal di tanah menjadi baja semula jadi dan nutrien yang berharga untuk tumbuhan. Bahan sungkupanPelbagai jenis bahan semula jadi sesuai digunakan sebagai bahan sungkupan, daripada kulit kayu sumbing hingga habuk papan – dan anda mungkin tidak perlu pergi ke pusat taman tempatan anda. Anda mungkin mendapati bahawa sisa taman biasa anda menawarkan semua yang anda perlukan untuk memulakan sungkupan sendiri. Bahan kayu yang dicincang
Keratan rumput
Daun
Kulit kayu sumbing
Kerikil, serpihan dan batu
0 Comments
Jika dahulu aktiviti menerbangkan dron sekadar hobi rekreasi hujung minggu, kini kemahiran menerbangkan dron mampu mencetuskan kerjaya profesional masa hadapan bergaji lumayan. Ternyata kepakaran menerbangkan dron kini tidak sekadar 'permainan' alat kawalan jauh atau bagi tujuan fotografi serta merakam video panorama dari sudut tinggi (high angle). Malah, lebih dari itu, dron memainkan peranan besar dalam pertumbuhan ekonomi pertanian mapan serta mendapat tempat di kalangan petani moden. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kemahiran menerbangkan dron digunakan bagi tugas membaja dan menyembur racun dan membaja untuk tanaman padi. Satu keping sawah (1 hektar) dikenakan cas RM300 dari proses penanaman sehingga menuai. Dron juga telah digunakan untuk kerja meracun di ladang kelapa sawit dan ladang pisang. Jenis dron yang digunakan dalam kerja meracunAntara jenis dron yang digunakan untuk kerja meracun dan menabur baja ialah model Effort Tech (EFT) E416 dan E616. "E416 merujuk kepada dron empat kipas berkapasiti 16 liter. Manakala E616 adalah dron enam kipas berkapasiti 16 liter. Dron ini ada yang telah diubahsuai bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kemampuannya. Kebaikan teknik semburan menggunakan dron adalah ia lebih rata dan cepat, sekali gus meningkatkan hasil padi berbanding semburan biasa. Kemahiran menerbangkan dronKerjaya sebagai pengendali pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron adalah kerja yang agak mencabar mencabar. Untuk bergelar pilot dron profesional pekerja perlu mengikuti pelbagai kursus serta latihan bagi menjadi pengendali dron profesional. Di dalam kursus latihan pengedali dron peserta akan mempelajari cara mengendalikan dron dengan betul. Untuk mahir asas mengendalikan dron mengambil masa kira-kira sebulan. Setiap kali melakukan semburan, pekerja perlu tahu berapa banyak tong yang sesuai bagi menyembur racun secara efektif menggunakan dron. Selain itu, ketinggian dron juga perlu dikawal rapi semasa menyembur racun bagi menghapuskan penyakit pada padi serta serangan serangga seperti ulat padi dengan berkesan. Masa yang diperlukan untuk menyembur racun menggunakan dron bagi sawah padi dianggarkan sekitar 30 minit termasuk penyediaan racun dan persiapan dron. Masa diperlukan untuk menyembur racun bagi sawah padi berkeluasan satu hektar hanya selama tujuh minit berbanding cara tradisional memakan masa antara sejam hingga dua jam. Penggunaan dron dapat mengoptimumkan rawatan tanaman secara teliti, sekali gus dapat meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil dan mengurangkan kos. Pada masa sama, kebaikan teknik semburan menggunakan dron ini lebih rata dan cepat, sekali gus meningkatkan hasil padi berbanding semburan biasa. Melalui kaedah moden itu, kerja membaja dan menyembur racun yang mengambil masa hampir sebulan menggunakan tenaga manusia, kini dapat dikurangkan hampir 50 peratus. Proses menyembur racun menggunakan dron dan teknik Ultra Low Volume (ULV) iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka pokok padi supaya racun sampai ke pangkal tumbuhan. Dron juga bersifat jujur apabila berupaya mengesan koordinat lokasi penyemburan dalam sawah secara tepat kerana dilengkapi sistem pengesanan global (GPS). Jika bateri lemah semasa penyemburan, dron akan dibawa semula kepada pengendali untuk menukar bateri dan apabila ia diterbangkan, ia akan kembali ke lokasi terakhir penyemburan untuk kembali bermula di situ. Semburan racun atau baja menggunakan tenaga manusia menyebabkan semburan tidak rata, selain terpaksa memijak tanaman yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit. Bagaimanapun, dengan menggunakan dron, masalah itu tidak timbul, selain menjimatkan masa. Pulangan pendapatanPulangan pendapatan melalui pekerjaan ini amat memuaskan dan jauh dari sangkaan ramai. Malah ia mampu menjamin masa depan. Bidang ini telah menjadi satu bidang kerjaya baru. Di kawasan sawah padi, permintaan terhadap perkhidmatan itu meningkat telah meningkat sehingga pengedali dron mampu mampu meraih pendapatan RM5,000 sebulan. Pengendali dron mampu melakukan semburan sehingga lapan hektar sawah dengan upah RM30 bagi setiap 0.4 hektar dan pada masa sama mengikut saranan daripada Jabatan Pertanian Negeri (JPN).
Racun rumpai merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada racun pra-cambah, racun sentuh dan racun sistemik. Antara jenis-jenis racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Racun pra-cambahBiasanya racun pra-cambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun sentuhRacun sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun sistemikRacun sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Racun sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai. Sebagai contoh racun jenis 'monoron' menghalang proses photosynthesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, karbohirat, lemak dan juga protein. Cara bertindak jenis racun ini adalah dengan mengganggu proses metabolism tumbuhan yang berkenaan. Biasanya racun rumpai jenis ini juga dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat iaitu selama 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan walau pun kesannya nampak nyata. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue telah mati pergerakan racun sistemik akan tergganggu. Menggunakan tahap atau kadar kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. Kepada petani yang ingin membeli racun rumpai perlu memahami jenis racun apa yang hendak dibeli adalah amat penting. Petani boleh bertanya terus kepada penjual racun tersebut dan kemudian mempastikan dengan membaca label pada botol racun. Racun jenis ParaquatRacun jenis Paraquat merupakan sejenis racun rumpai paling popular diseluruh dunia. Racun ini mengandungi bahan aktif dikenali sebagai 'Paraquat dichloride 25% w/w' iaitu ada berbagai kelas kepekatan dipasaran. Diantara beberapa jenama racun jenis ini seperti Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, Clean-Up. Penggunaan racun paraquat adalah racun jenis sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek. Racun ini juga sesuai dicampur dengan Diuron. Diuron bertindak sebagai agen pracambah. Campuran ini ada di pasaran dengan jenama Paracol. Keberkesanan racun paraquat ini juga adalah lebih baik jika dicampur dengan 3g Ally pada setiap 18 liter air. Ia tidak berkesan jika disembur pada permukaan tanah kerana ia akan diikat oleh liat pada tanah. Sisanya juga tersimpan lama dalam tanah. Racun ini adalah terkawal penjualannya di Malaysia kerana ia mempunyai kesan bahaya kepada manusia (Racun Kelas 1. Racun Paraquat boleh meresap melalui kulit dan mesti dielakkan dari menyedut kabus semasa menyembur dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Jika termakan ia boleh merosakkan bahagian usus, paru-paru, hati dan ginjal. LD50 secara oral ialah 150g/kg dan melalui kulit LD50nya ialah 240g/kg. Racun jenis GlyphosateRacun rumpai jenis Glyphosate merupakan racun yang kini sangat popular digunakan di Malaysia. Racun jenis ini mengandungi bahan aktif iaitu 'N-(Phosphonomethyl) glycine' dengan banyak boleh dibeli dipasaran. Diantara jenama yang ada seperti Roundup, Ecomax dan Touch down. Kegunaan racun ini adalah mengandungi glyphosate iaitu jenis racun sistemik untuk rumpai saka dan juga daun lebar. Ia selalunya disembur pada daun rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar. Glyphosate setelah disembur pada daun dan boleh meresap keseluruh rumpai. Tanda-tanda toksiknya boleh dilihat 1-3 minggu setelah disembur. Ia sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar. Racun ini tidak merbahaya pada mamalia LD50nya ialah 4320g/kg. Untuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur. Racun jenis Organic ArsenicalsJenis racun rumpai ketiga adalah dari kumpulan 'Organic Arsenicals' yang mengandungi bahan aktif seperti Garam dari Cacodylic Acid dan methanearsonic. Antara jenama lain yang ada dipasaran seperti MSMA dan juga racun DSMA. Kegunaan racun ini adalah untuk meracun rumput saka. Ia bertindak secara sistemik dengan lebih berkesan untuk membasmi rumpai. Racun jenis ini mengandungi logam Arsenic yang boleh terkumpul dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam Arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang. Ia juga jarang digunakan pada masakini kerana sebab-sebab di atas. Beberapa jenis racun rumpai lain adalah seperti Jenis Basta - Ia jenama yang menggunakan unsur iaitu glufostinate-ammonium sebagai bahan aktifnya. Ia bertindak secara sistemik. Racun Garlon 250 - Sistemik untuk daun lebar seperti kekacang, senduduk dan juga untuk membunuh pokok. Racun Ally - Sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat. Racun Diuron - Sebagai pracambah digunakan untuk kawal rumput dan rumpai daun lebar. Biasanya digunakan dengan racun lain. Kegunaan Diuron akan lebih berkesan jika digunakan bersama surfactant. Semuga artikel ini dapat menambah pengetahuan anda mengenai jenis-jenis racun dan cara tindakannya didalam mengawal rumput. Pemilihan jenis racun dan cara aplikasi yang tepat memberikan kesan positif dalam kawalan rumpai untuk meningkatkan hasil tanaman. Petani perlu membaca label setiap kali ingin menggunakan racun rumpai.
Rumput Sambau merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesies ini mungkin berasal dari negara seperti China, India, Jepun, Malaysia, dan Tahiti. Nama tempatan spesies ini berbeza-beza mengikut negara. Di Malaysia, spesies ini dikenali sebagai rumput sambau, rumput kaki angsa atau gelang sambau, di Jepun ohishiba, goosegrass di Amerika Syarikat, crowfoot grass di Australia, dan kodai di India. Nama saintifiknya Eleusine indica. Mengikut kajian saintifik, setiap pokok dapat menghasilkan kira-kira 50,000-135,000 biji dalam satu musim di kawasan penanaman padi bukit tinggi. Taburan dan habitatRumput ini tumbuh di kawasan pertanian di bahagian selatan Asia dan Pulau-pulau Pasifik, bahagian timur dan selatan Afrika dan bahagian utara Amerika Latin. Rumput ini biasanya hidup biak secara meluas di negara-negara tropika. Namun, oleh kerana sifat rumput ini mempunyai sifat toleransi yang luas terhadap perubahan keadaan persekitaran, maka spesies ini juga ditemui di kawasan subtropika dan kawasan beriklim sederhana. Rumput ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan lapang seperti tanah yang terbiar, kawasan pertanian, dan kawasan di tepi jalan. MorfologiRumput ini mempunyai batang yang lembut, licin, liat, dan bercabang, dengan ketinggian sebanyak 5-60 sentimeter. Daunnya berwarna hijau kebiruan, berkilat, dan rimbun di pangkal; lamina daunnya 5-20 sm panjangnya dan sempit; bulu halus bertaburan di permukaan atas dan bawah daun; perantaraan daun dan upih daun berambut halus pada bahagian pinggir. Jambak bunga terdiri daripada satu hingga enam spika. Anak spika tersusun dalam dua barisan dan terlekat berselang-seli pada satu paksi; dwiseks, stigma berbulu dan berwarna ungu, terdapat 3-5 floret yang dilindungi oleh kelopak sekam yang berwarna putih malap. Biji berwarna perang kemerahan atau hitam, berbentuk oblong-ovat dan berbatas. Masalah rumput sambau di kawasan ladangRumput sambau amat cepat membiak. Jika tidak di kawal, kawasan ladang akan dipenuhi dengan rumput sambau ini. Ini menjadi sebahagian masalah kepada petani kerana perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membunuh rumput ini. Bukan semua jenis racun mampu membunuh rumput sambau.
Rumput sambau adalah rumpai yang memberi banyak masalah kepada industri sawit dan tanaman buah-buahan di Malaysia dimana ia disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 rumpai yang paling teruk di dunia. Rumput sambau bersaing dengan pokok kelapa sawit untuk mendapatkan cahaya, air, ruang dan juga nutrien. Kawasan tanaman sayur-sayuran memang terdapat banyak rumput sambau, berbanding kawasan tanaman lain. Rumput ini mudah sangat membiak di kawasan tanaman sayur-sayuran. Setelah diteliti, kawasan yang menggunakan baja tahi ayam organik dari kandang adalah tempat paling banyak rumput ini tumbuh. Terdapat 2 cara untuk membunuh rumput sambau ini. Pertama, dengan cara mencangkul semua rumput sambau ini. Kerja ini memang memenatkan dan memerlukan kos tenaga kerja yang tinggi. Bayangkan jika kawasan anda adalah seluas 10 ekar, tentu kerja mencangkul memmakan masa yang agak lama. Namun, cara ini memang amat berkesan membunuh rumput sambau. Cara kedua adalah dengan meracun. Cara ini juga memerlukan kos yang tinggi. Bukan semua jenis racun sesuai untuk membunuhnya. Jika kita meracun rumput sambau ini dengan racun ecomax (glyphosate isopropylamine) walaupun sebanyak 3 kali, rumput sambau ni masih segar. Setakat ni ada 2 jenis racun yang berkesan membunuh rumput sambau ini. Antaranya adalah basta 15 (glufosinate-ammonium) dan perspect (ametryn). Kedua-dua jenis racun ini mampu membunuh rumput sambau. Namun harganya agak tinggi. Harga racun basta 15 (4 liter) adalah RM160 dan harga racun prospect (1 liter) adalah RM25. Cara membancuh racun basta adalah dengan mencampurkan 150ml ke dalam 20 liter air. Manakala, cara bancuh racun prospect adalah dengan mencampurkan 50 ml – 100ml ke dalam 20 liter air. Seterusnya, anda juga perlu tahu masa yang sesuai untuk meracun rumput sambau ini. Jika tidak, anda perlu meracun rumput sambau secara berulang kali untuk mematikannya. Masa yang paling sesuai adalah semasa pokok sambau ini masih remaja iaitu belum mengeluarkan bunga. Rumput akan terus mati dan tiada benih baru yang tumbuh jika diracun pada waktu tersebut. Jika pokok sambau telah berbunga ia perlu perlu diracun sebanyak 2 kali. Pada masa kali pertama kerja meracun dijalankan anda perlu menunggu sehingga anak benih tumbuh setinggi 2 inci. Kemudian, anda racun buat kali kedua. Rumput sambau akan mati dan tiada benih lagi yang tumbuh. Persekitaran taman akan kelihatan lebih semula jadi dan indah dengan hamparan hijau rumput. Ia juga menambahkan keselesaan bersantai bersama keluarga. Disamping itu dengan adanya rumput, anak anda akan bebas bermain tanpa risiko cedera sebab terjatuh. Hamparan rumput yang segar, hijau dan bersih menyerikan laman rumah anda terutamanya apabila tetamu datang ke rumah anda.Di sebalik keindahan hamparan rumput itu, tentunya penjagaan dan penyelenggaraan sempurna diperlukan. Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk penjagaannya termasuklah kerja pemotongan. Kaedah dan masa yang sesuai untuk memotong rumputKerja memotong rumput nampak mudah, namun ia perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul dan masa yang sesuai terutamanya meihat cuaca. Rumput perlu dipotong mengikut musim. Kerja pemotongan amat baik dilakukan anda ketika cuaca kering tetapi tidak terlalu panas. Jika musim kemarau, rumput perlu dipotong pendek sedikit bagi mengurangkan keperluannya terhadap air. Jika musim biasa, rumput perlu dipotong kira-kira 0.06 meter dari ketinggian asalnya. Elakkan memotong terlalu pendek hingga kelihatan bahagian rongga atau akar rumput. Rumput yang terlalu pendek akan mendedahkan permukaan tanah kepada cahaya. Permukaan yang berlekuk pula mudah terdedah dengan kulat hingga mendatangkan masalah kepada tanaman itu. Secara tidak langsung faktor ini juga menggalakkan biji benih rumpai mudah bercambah. Potong rumput perlu mengikut keperluanSelain faktor cuaca, rumput seharusnya dipotong bila ada keperluan terutamanya bila ia menjadi sangat panjang dan tumbuh meliar. Bahagian yang dipotong mengambil masa untuk menjana tisu baru. Awal pagi antara waktu paling sesuai memotong rumput kerana keadaan itu membantu mencegah kadar kehilangan air pada bahagian rumput yang dipotong. Jangan potong rumput selepas hujanSelepas hujan, rumput-rumput akan berasa licin dan sukar untuk dipotong. Pada waktu pagi pula rumput yang masih basah dengan embun juga sukar dipotong. Disarankan untuk memotong rumput pada hari yang panas terik adalah lebih baik.
Rumpai adalah musuh utama tukang kebun. Rumpai membiak dengan pantas hingga menjejaskan kesihatan bunga dan sayur-sayuran kerana ia meragut sumber air, cahaya matahari, dan nutrien. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membunuh rumpai. Salah satu kaedah ialah dengan menyembur racun rumpai bagi mengekang pertumbuhannya. Berikut adalah lima cara membunuh rumpai yang mesti anda diketahui sebelum meracun: 1. Mulakan dengan pencegahanBasmi segera rumpai sebelum ia berakar umbi. Tumbuh-tumbuhan kesayangan yang ada di taman anda perlu dijaga dengan baik supaya ianya sihat dan membesar dengan cepat. Anda perlu menanam tumbuhan yang sesuai dengan di iklim Malaysia. Tumbuhan atau pokok perlu dipastikan mempunyai kelembapan yang mencukupi dan sungkupan tetap. Apabila tumbuh-tumbuhan sihat, ia akan berkembang maju. Tumbuhan taman yang sihat dan rumput yang tumbuh dengan kuat akan menyelimuti tanah terbuka, menghalang rumpai daripada bertapak. 2. Kenali musuh dan sekitarnyaLangkah pertama dalam mengenal pasti racun atau cara yang perlu digunakan untuk membunuh rumpai adalah dengan mengenalpasti jenisnya. Rumput apa yang kamu lawan? Ketahui cara mengenal pasti rumpai yang tumbuh di taman anda. Racun membunuh rumpai adalah khusus untuk rumpai. Produk yang membunuh satu jenis rumpai mungkin tidak dapat membunuh jenis rumpai lain. Juga, lihat apa yang tumbuh berdekatan. Secara amnya, pembunuh rumpai tidak sesuai digunakan pada tumbuhan yang hendak dimakan. 3. Pertimbangkan kesannyaSelalunya kesan racun kawalan rumpai melangkaui rumpai yang anda cuba kawal. Racun kawalan rumpai, atau racun herba, adalah bahan kimia yang menyebabkan tumbuhan berhenti berfungsi dengan baik. Produk ini berpotensi untuk mempunyai kesan yang sama pada tumbuhan dan haiwan bukan rumpai. Tumbuhan dan haiwan mempunyai sensitiviti yang berbeza-beza terhadap faktor persekitaran. Racun rumpai mesti digunakan secara berhati-hati. 4. Ikut labelLabel produk memberikan maklumat penting tentang cara mengendalikan dan menggunakan produk rumpai dengan selamat. Produk perlu digunakan dengan cara yang dinyatakan pada pelabelannya. Jangan gunakan produk untuk sebarang tujuan lain atau apa-apa cara selain daripada apa yang diterangkan pada label. 5. Berhati-hati dengan racun herba organikSelalunya racun herba organik atau semula jadi dianggap lebih selamat daripada produk sintetik.
Racun rumpai organik tidak berada lama dalam persekitaran berbanding dengan racun herba bukan organik, yang boleh kekal lama di dalam tanah atau tumbuhan. Namun, kepekatan tinggi beberapa racun herba organik mungkin menimbulkan risiko besar kepada tumbuhan dan haiwan berdekatan. Cara paling mesra bumi untuk menghilangkan rumpai adalah dengan menggalinya akarnya. Jika hendak menggunakannya pilih produk yang menghapuskan rumpai dengan kesan minimum terhadap persekitaran sekeliling. Definisi pemangkasanPemangkasan merupakan langkah membuang pucuk, dahan atau daun yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat pertumbuhan pokok yang tertentu dengan tujuan tertentu. Amalan pemangkasan dalam penanaman pokok sudah diperkenalkan sejak dahulu lagi di negara kita. Amalan ini seolah-olah sudah menjadi satu kewajiban dalam proses penanaman pokok sebab ia merupakan kunci bagi mencapai pungutan hasil yang tinggi. Dengan kata lain, pemangkasan boleh merangsang pembungaan pokok terutamanya pokok buah-buahan. Pemangkasan pucuk terminalPucuk terminal ataupun pucuk utama bagi tumbuhan merupakan bahagian yang paling aktif bertumbuh. Pemangkasan pucuk bertujuan untuk mengurangkan persaingan mendapatkan hasil fotosintesis antara daun dan buah. Prinsipnya ialah mengeluarkan pucuk apikal iaitu pucuk yang tumbuh di bahagian atas batang tumbuhan. Hormon akusin dan sitokinin pada tumbuhan mempengaruhi pertumbuhan pucuk tumbuhan sehingga pertumbuhan tumbuhan atas lebih cepat daripada pertumbuhan dahan dan membentuk kanopi tumbuhan. Pemangkasan bentukPemangkasan ini dilakukan untuk membentuk bingkai tumbuhan yang dikehendaki. Pemangkasan bentuk bertujuan untuk membentuk rangka pokok yang dikehendaki, di mana dahan disusun mengikut arah merebak dan produktif supaya pertumbuhan batang dan dahan lebih kuat. Pemangkasan penyelenggaraanPemangkasan ini dilakukan selepas pemangkasan bentuk, tumbuhan dikekalkan dan dikekalkan bentuknya. Kemudian keluarkan dahan yang diserang perosak dan penyakit dan sebagainya supaya dahan itu kembali produktif. Dahan yang kurang produktif dipangkas supaya nutrien yang disediakan dapat disalurkan ke batang yang lebih produktif. Pemangkasan peremajaanPemangkasan ini diperlukan untuk meremajakan pertumbuhan tumbuhan. Tujuan meremajakan, iaitu menggantikan mahkota tumbuhan lama atau lama dengan yang baru dan masih produktif. Dalam tanaman kopi, pemangkasan peremajaan dilakukan secara menyeluruh jika sekurang-kurangnya 50 peratus tanaman di taman itu rosak atau tua. Cara pemangkasan meremajakan adalah dengan menebang pokok, mengurangkan dahan, atau menumbangkan pokok.
Kerja tukang kebun atau pekerja langskap biasanya sangat sibuk. Salah satu tugas yang biasa dialkukan oleh tukang kebun atau pekerja lanskap ialah memangkas pokok. Masa yang paling sesuai untuk pemangkasan tumbuhan berkayu ialah pada awal pagi dan semasa musim panas. Pemangkasan meremajakan pokok dan pokok renek, membolehkan mereka tumbuh semula dengan pertumbuhan yang pesat, bunga yang banyak, dan dedaunan yang lebat. Walau bagaimanapun, luka terbuka yang ditinggalkan pada dahan boleh menjadi pintu masuk untuk penyakit reput dan kulat. Oleh itu, adalah penting memastikan pemotongan adalah bersih dengan menggunakan alat pemangkasan yang betul. Alat yang sesuai untuk kerja pemangkasanGunting manual yang sesuai untuk pemangkasan pokok renek perlu digunakan. Pemangkasan biasanya membolehkan tumbuhan ini berkembang dan menghasilkan dedaunan yang lebat. Mahkota pokok buah-buahan hendaklah dibentuk untuk menggalakkan pertumbuhan dahan berbuah yang optimum. Pokok buah-buahan muda perlu dipangkas setiap tahun, manakala yang lebih tua hanya memerlukan pemangkasan penyelenggaraan setiap beberapa tahun. Bersama-sama dengan gergaji, loppers ialah alat terbaik untuk tugasan ini. Bilah yang dipilih perlu sesuai untuk kerja itu. Pemangkas andas ialah pilihan terbaik untuk memotong kayu kering dan mati, manakala pemangkas pintasan menyediakan pemotongan yang bersih dan tepat apabila memangkas kayu hijau. Teleskopik pokok dan pemangkasan loppers adalah jawapan untuk tukang kebun yang ingin merawat pokok yang tinggi dan berdaun lebat. Melindungi haiwanPagar, pokok dan pokok renek bukan sekadar elemen reka bentuk taman yang menarik tetapi ia juga menyediakan habitat untuk haiwan, terutamanya burung. Di sesetengah negara, tidak dibenarkan memangkas pokok teduhan dan pokok renek diantara 1 Mac dan 30 September untuk membolehkan burung bersarang dan membesarkan anak mereka . Walau bagaimanapun, sedikit pemangkasan dan penyelenggaraan masih dibenarkan pada musim panas.
Penjagaan khusus harus diambil semasa memangkas tumbuhan malar hijau, kerana sarang burung yang tersembunyi di antara dahannya sukar untuk dikesan. Menyimpan sebahagian daripada kayu yang dipangkas juga boleh membantu menjadikan taman lebih mesra kepada pelawat. Burung boleh menggunakan ranting yang dipangkas untuk membina sarang mereka. Najis burung pada timbunan kompos pula dapat membantu menyokong kesihatan tanah dengan memecahkan humus yang berkhasiat. Pengunaan alat yang betul dan masa yang sesuai semasa melakukan pemangkasan akan menyokong pertumbuhan tumbuhan dan memastikan taman kekal indah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan penjagaan taman kami, sila hubungi kami di 012-720 2653. Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Mengawal tumbesaran tanamanBagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya ialah tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemangkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal penyelenggaraan boleh dilakukan dengan mudah. Menghasilkan struktur tanaman yang kukuhApabila pemangkasan dilakukan mengikut SOP dan teknik yang betul, ia berupaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. Segala nutrisi yang dibekalkan dapat diserap oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus. Mencegah penyakit dan serangan seranggaJika pokok terlalu padat ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujuan memberi peluang kpada aliran udara menembusi celah daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat bagi serangga perosak dan penyakit. Disamping itu ia dapat mencegah potensi pembentukan habitat untuk serangga yang suka bertapa dibawah daun dan dahan. Menggalakkan produktiviti buahApabila selesai musim menuai atau bunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru inilah kudup atau putik baru terbentu. Sebab itu ada diantara pokok yang perlu dicantas sebatyak 80 % untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak contohnya anggur. Tumbesaran pokok lebih seimbang dan suburKesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian yang utama dan penting. Pokok pula menjadi lebih sihat dan seimbang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput, atau mana-mana perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami di 012-720 2653. Salah satu aktiviti penting untuk mengekalkan kesihatan dan estetika rumput rumput adalah pemotongan yang ideal. Sama seperti tumbuhan lain, rumput juga cenderung tumbuh dengan cepat dan sentiasa perlu dipotong dari masa ke semasa. Apabila tumbuhan meliar, bercabang dan padat, rumput kelihatan tidak keadaan kemas. Oleh itu, memotong rumput adalah sangat penting bagi penyelenggaraan halaman anda. 1. Faedah kosmetikFaedah kosmetik adalah faedah asas memotong rumput anda. Potongan yang betul dan ideal akan menjadikannya nampak indah dan kemas. Rumput yang terjaga dengan baik menyerlahkan penamilan rumah anda. 2. Kualiti rumputApabila dipotong dengan baik, rumput akan tumbuh dengan mantap dan seragam. Ini berlaku kerana selepas dipotong, semua kawasan rumput menerima cahaya matahari dan air secara seragam. Oleh itu, pertumbuhannya juga seragam. Semua sumber tenaga yang datang dari matahari diagihkan sama rata ke halaman rumah. Oleh itu, penampilan keseluruhan halaman menjadi baik. 3. Mengawal rumpaiPenampilan menarik rumput anda bukanlah satu-satunya faedah yang diperoleh daripada memotong rumput. Ia juga memudahkan anda untuk mencegah rumpai. Walaupun rumput dipotong dengan kerap, rumput boleh tumbuh semula lebih cepat daripada perosak seperti rumpai. Memotong secara berkala membolehkan anda mengawal rumpai dan memastikan rumput sentiasa sihat. 4. Kerja membersihan serpihan dan daun gugur tidak tertangguhApabila kerja memotong rumput menjadi aktiviti rutin, serpihan dan daun gugur tidak dibiarkan terkumpul dalam jangkamasa yang lama hingga sukar untuk dibersihkan. Daun yang gugur boleh diratakan supaya tugas pembersihan dijalankan dari semasa ke semasa untuk menjadikan halaman rumah anda kelihatan bersih, menarik, dan membebaskan anda daripada kerja-kerja membersihkan serpihan yang sudah lama tidak dibersihkan. Memotong rumput dengan menggunakan khidmat pemotong rumput tentunya melibatkan kos. Tetapi apabila anda membandingkan faedah yang anda perolehi dengan kos yang dibelanjakan, anda pasti akan memotong rumput secara berkala, kerana ia akan menjadikan taman anda kelihatan elegan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput, atau mana-mana perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami di 012-720 2653. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |