Rumput Sambau merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesies ini mungkin berasal dari negara seperti China, India, Jepun, Malaysia, dan Tahiti. Nama tempatan spesies ini berbeza-beza mengikut negara. Di Malaysia, spesies ini dikenali sebagai rumput sambau, rumput kaki angsa atau gelang sambau, di Jepun ohishiba, goosegrass di Amerika Syarikat, crowfoot grass di Australia, dan kodai di India. Nama saintifiknya Eleusine indica. Mengikut kajian saintifik, setiap pokok dapat menghasilkan kira-kira 50,000-135,000 biji dalam satu musim di kawasan penanaman padi bukit tinggi. Taburan dan habitatRumput ini tumbuh di kawasan pertanian di bahagian selatan Asia dan Pulau-pulau Pasifik, bahagian timur dan selatan Afrika dan bahagian utara Amerika Latin. Rumput ini biasanya hidup biak secara meluas di negara-negara tropika. Namun, oleh kerana sifat rumput ini mempunyai sifat toleransi yang luas terhadap perubahan keadaan persekitaran, maka spesies ini juga ditemui di kawasan subtropika dan kawasan beriklim sederhana. Rumput ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan lapang seperti tanah yang terbiar, kawasan pertanian, dan kawasan di tepi jalan. MorfologiRumput ini mempunyai batang yang lembut, licin, liat, dan bercabang, dengan ketinggian sebanyak 5-60 sentimeter. Daunnya berwarna hijau kebiruan, berkilat, dan rimbun di pangkal; lamina daunnya 5-20 sm panjangnya dan sempit; bulu halus bertaburan di permukaan atas dan bawah daun; perantaraan daun dan upih daun berambut halus pada bahagian pinggir. Jambak bunga terdiri daripada satu hingga enam spika. Anak spika tersusun dalam dua barisan dan terlekat berselang-seli pada satu paksi; dwiseks, stigma berbulu dan berwarna ungu, terdapat 3-5 floret yang dilindungi oleh kelopak sekam yang berwarna putih malap. Biji berwarna perang kemerahan atau hitam, berbentuk oblong-ovat dan berbatas. Masalah rumput sambau di kawasan ladangRumput sambau amat cepat membiak. Jika tidak di kawal, kawasan ladang akan dipenuhi dengan rumput sambau ini. Ini menjadi sebahagian masalah kepada petani kerana perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membunuh rumput ini. Bukan semua jenis racun mampu membunuh rumput sambau.
Rumput sambau adalah rumpai yang memberi banyak masalah kepada industri sawit dan tanaman buah-buahan di Malaysia dimana ia disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 rumpai yang paling teruk di dunia. Rumput sambau bersaing dengan pokok kelapa sawit untuk mendapatkan cahaya, air, ruang dan juga nutrien. Kawasan tanaman sayur-sayuran memang terdapat banyak rumput sambau, berbanding kawasan tanaman lain. Rumput ini mudah sangat membiak di kawasan tanaman sayur-sayuran. Setelah diteliti, kawasan yang menggunakan baja tahi ayam organik dari kandang adalah tempat paling banyak rumput ini tumbuh. Terdapat 2 cara untuk membunuh rumput sambau ini. Pertama, dengan cara mencangkul semua rumput sambau ini. Kerja ini memang memenatkan dan memerlukan kos tenaga kerja yang tinggi. Bayangkan jika kawasan anda adalah seluas 10 ekar, tentu kerja mencangkul memmakan masa yang agak lama. Namun, cara ini memang amat berkesan membunuh rumput sambau. Cara kedua adalah dengan meracun. Cara ini juga memerlukan kos yang tinggi. Bukan semua jenis racun sesuai untuk membunuhnya. Jika kita meracun rumput sambau ini dengan racun ecomax (glyphosate isopropylamine) walaupun sebanyak 3 kali, rumput sambau ni masih segar. Setakat ni ada 2 jenis racun yang berkesan membunuh rumput sambau ini. Antaranya adalah basta 15 (glufosinate-ammonium) dan perspect (ametryn). Kedua-dua jenis racun ini mampu membunuh rumput sambau. Namun harganya agak tinggi. Harga racun basta 15 (4 liter) adalah RM160 dan harga racun prospect (1 liter) adalah RM25. Cara membancuh racun basta adalah dengan mencampurkan 150ml ke dalam 20 liter air. Manakala, cara bancuh racun prospect adalah dengan mencampurkan 50 ml – 100ml ke dalam 20 liter air. Seterusnya, anda juga perlu tahu masa yang sesuai untuk meracun rumput sambau ini. Jika tidak, anda perlu meracun rumput sambau secara berulang kali untuk mematikannya. Masa yang paling sesuai adalah semasa pokok sambau ini masih remaja iaitu belum mengeluarkan bunga. Rumput akan terus mati dan tiada benih baru yang tumbuh jika diracun pada waktu tersebut. Jika pokok sambau telah berbunga ia perlu perlu diracun sebanyak 2 kali. Pada masa kali pertama kerja meracun dijalankan anda perlu menunggu sehingga anak benih tumbuh setinggi 2 inci. Kemudian, anda racun buat kali kedua. Rumput sambau akan mati dan tiada benih lagi yang tumbuh.
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |