Persekitaran taman akan kelihatan lebih semula jadi dan indah dengan hamparan hijau rumput. Ia juga menambahkan keselesaan bersantai bersama keluarga. Disamping itu dengan adanya rumput, anak anda akan bebas bermain tanpa risiko cedera sebab terjatuh. Hamparan rumput yang segar, hijau dan bersih menyerikan laman rumah anda terutamanya apabila tetamu datang ke rumah anda.Di sebalik keindahan hamparan rumput itu, tentunya penjagaan dan penyelenggaraan sempurna diperlukan. Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk penjagaannya termasuklah kerja pemotongan. Kaedah dan masa yang sesuai untuk memotong rumputKerja memotong rumput nampak mudah, namun ia perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul dan masa yang sesuai terutamanya meihat cuaca. Rumput perlu dipotong mengikut musim. Kerja pemotongan amat baik dilakukan anda ketika cuaca kering tetapi tidak terlalu panas. Jika musim kemarau, rumput perlu dipotong pendek sedikit bagi mengurangkan keperluannya terhadap air. Jika musim biasa, rumput perlu dipotong kira-kira 0.06 meter dari ketinggian asalnya. Elakkan memotong terlalu pendek hingga kelihatan bahagian rongga atau akar rumput. Rumput yang terlalu pendek akan mendedahkan permukaan tanah kepada cahaya. Permukaan yang berlekuk pula mudah terdedah dengan kulat hingga mendatangkan masalah kepada tanaman itu. Secara tidak langsung faktor ini juga menggalakkan biji benih rumpai mudah bercambah. Potong rumput perlu mengikut keperluanSelain faktor cuaca, rumput seharusnya dipotong bila ada keperluan terutamanya bila ia menjadi sangat panjang dan tumbuh meliar. Bahagian yang dipotong mengambil masa untuk menjana tisu baru. Awal pagi antara waktu paling sesuai memotong rumput kerana keadaan itu membantu mencegah kadar kehilangan air pada bahagian rumput yang dipotong. Jangan potong rumput selepas hujanSelepas hujan, rumput-rumput akan berasa licin dan sukar untuk dipotong. Pada waktu pagi pula rumput yang masih basah dengan embun juga sukar dipotong. Disarankan untuk memotong rumput pada hari yang panas terik adalah lebih baik.
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |