Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Mengawal tumbesaran tanamanBagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya ialah tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemangkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal penyelenggaraan boleh dilakukan dengan mudah. Menghasilkan struktur tanaman yang kukuhApabila pemangkasan dilakukan mengikut SOP dan teknik yang betul, ia berupaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. Segala nutrisi yang dibekalkan dapat diserap oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus. Mencegah penyakit dan serangan seranggaJika pokok terlalu padat ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujuan memberi peluang kpada aliran udara menembusi celah daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat bagi serangga perosak dan penyakit. Disamping itu ia dapat mencegah potensi pembentukan habitat untuk serangga yang suka bertapa dibawah daun dan dahan. Menggalakkan produktiviti buahApabila selesai musim menuai atau bunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru inilah kudup atau putik baru terbentu. Sebab itu ada diantara pokok yang perlu dicantas sebatyak 80 % untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak contohnya anggur. Tumbesaran pokok lebih seimbang dan suburKesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian yang utama dan penting. Pokok pula menjadi lebih sihat dan seimbang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput, atau mana-mana perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami di 012-720 2653.
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |