Pokok mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia. Manafaat pokok melangkaui keindahan yang mereka bawa kepada landskap. Pokok mengeluarkan oksigen, mengurangkan kelajuan angin air ribut, memberikan perlindungan, dan menawarkan banyak faedah kepada alam sekitar, sosial dan ekonomi dan lain-lain lagi. Fungsi SosialPokok mempunyai nilai estetika dan keindahan yang boleh mepengaruhi emosi atau perasaan sessorang manusia. Kita biasanya berasa tenang dan damai apabila melihat kehijauan yang dibawa oleh pokok. Melihat pokok dapat mengurangkan tekanan dan keletihan di tempat kerja di samping mengurangkan masa pemulihan selepas prosedur perubatan. Ruang hijau juga boleh membantu mengurangkan jumlah aktiviti jenayah dalam komuniti. Fungsi KomunalPokok yang ditemui dalam persekitaran bandar sering berfungsi sebagai seni bina dan fungsi kejuruteraan dengan menyediakan privasi, memfokuskan pandangan atau menghalang pandangan yang tidak menyenangkan. Dengan pemilihan dan penyelenggaraan yang betul, pokok di hartanah persendirian pun boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Pokok memberikan privasi, menyerlahkan pemandangan, mengurangkan bunyi dan silau, dan juga meningkatkan seni bina. Pokok juga membawa unsur semula jadi dan habitat hidupan liar ke dalam persekitaran bandar, yang semuanya meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam komuniti.
Pokok mengubah persekitaran kita dengan menggunakan daunnya untuk menapis udara yang kita sedut dengan mengeluarkan habuk dan zarah lain. Di negara barat yang mempunyai pelbagai musim, pokok teduhan daun luruh menyejukkan rumah pada musim panas dan membenarkan matahari musim sejuk memanaskan rumah apabila daunnya gugur. Pokok juga boleh berfungsi sebagai penghadang angin. Lebih padat dedaun pada kumpulan pokok lebih berkesan fungsinya sebagai penghadang angin. Fungsi ekonomiWalaupun ramai orang memahami fungsi pokok, sangat sedikit yang menyedari pokok mempunyai nilai ringgit atau komersial yang boleh diukur. Penilaian pokok ialah proses yang boleh membantu anda mengetahui nilai pokok dan tumbuhan anda. Seorang arboris boleh membantu kita menentukan nilai pokok dengan memberikan penilaian. Memaksimakan fungsi pokokMemaksimumkan faedah pokok memerlukan penyelenggaraan rutin. Seorang profesional dalam industri pokok, tapak semaian atau landskap, atau arkitek landskap boleh membantu anda merancang, menanam dan menjaga semua pokok dan tumbuhan anda supaya setiap pokok itu lebih bernilai. Walaupun sesetengah pemilik rumah mungkin ingin mengalihkan pokok, kos yang berkaitan dengan penyingkiran pokok dan menanam pokok muda boleh melebihi kos penyelenggaraan pokok biasa seperti pemeriksaan pokok, pemangkasan dan sungkupan.
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |