Jaminan Tanpa Risau (Worry Free Guaranteed)
Jaminan Unik Kami
Di Coolmaster, kami komited terhadap servis penjagaan rumput yang terbaik. Kami telah bekerja keras untuk membezakan diri kami daripada syarikat penjagaan rumput lain, dan kami melakukan semua yang kami mampu untuk menyokong kerja dan pelanggan kami. Itulah sebabnya kami menawarkan jaminan Worry Free Guaranteed, jaminan ringkas yang meliputi semua perkhidmatan penjagaan rumput kami. Dengan jaminan Coolmaster, janji kami kepada anda adalah mudah: Jika anda tidak berpuas hati 100% kami akan membetulkannya.
Jaminan Coolmaster untuk Kepuasan Anda
Apabila anda memilih perkhidmatan penjagaan rumput daripada kami, kami akan cuba sedaya upaya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Kami juga akan mempastikan anda tidak risau apabila berurusan dengan kami. Tenaga pekerja tempatan kami komited untuk memastikan perkhidmatan kami sentiasa memuaskan hati anda. Untuk berbuat demikian, kami mengikuti tiga langkah mudah ini semasa menyampaikan perkhidmatan rumput kami:
- Apabila mereka bentuk pelan perkhidmatan penjagaan rumput anda yang unik, kami akan menggariskan perkara yang anda patut jangkakan dengan setiap rawatan. Pelan perkhidmatan kami diperhalusi untuk setiap rumput dan pelanggan, membolehkan kami memberikan hasil yang baik pada setiap kerja.
- Kami memberikan perkhidmatan mengikut piawaian jenama yang tepat, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan peralatan penjagaan rumput seperti baja yang diperkaya dengan nutrien dan peralatan yang lengkap untuk memperbaiki keadaan dan daya tahan rumput anda.
- Selepas pasukan kami merawat rumput anda, kami akan meminta anda memaklumkan kepada kami adakah kerja yang dilakukan memuaskan hati anda atau tidak. Jika anda tidak berpuas hati, kami akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan masalah tersebut.
Cara Kami Menangani Isu Perkhidmatan
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan servis yang dilakukan oleh pekerja kami, sila hubungi kami dan maklumkan kepada kami secepat mungkin. Pekerja kami akan datan semula ke tapak atau rumah anda untuk membetulkan apa yang perlu tanpa caj tambahan.
Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan yang di luar kawalan kami, seperti yang disebabkan oleh tekanan haba atau rumput yang dimimta dipotong terlalu pendek (yang boleh menyebabkan bintik coklat atau kelihatan kosong, rumput lemah atau mati atau rumput lebih terdedah kepada rumpai dan penyakit).
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa kepada semua pelanggan kami. Syarikat kami adalah milik tempatan dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang dipercayai.
Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan yang di luar kawalan kami, seperti yang disebabkan oleh tekanan haba atau rumput yang dimimta dipotong terlalu pendek (yang boleh menyebabkan bintik coklat atau kelihatan kosong, rumput lemah atau mati atau rumput lebih terdedah kepada rumpai dan penyakit).
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa kepada semua pelanggan kami. Syarikat kami adalah milik tempatan dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang dipercayai.
Hubungi Coolmaster Sekarang
Bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat penjagaan rumput kami? Hubungi Coolmaster hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami, mendapatkan anggaran percuma dan mengetahui bagaimana komitmen kami terhadap rawatan berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan.
Nazran Integrated Resources
Hakcipta © 2023