Memotong Rumput
Servis yang kami tawarkan adalah untuk laman rumah, kebun, dusun dan ladang. Untuk kediaman, apabila anda menggunakan perkhidmatan potong rumput daripada Coolmaster kami bukan sahaja akan potong rumput rumah anda, malah kami akan cakar semua rumput yang sudah dipotong, masukkan dalam plastik sampah dan diletak di luar rumah.
Harga yang kami ditawarkan adalah berpatutan. Kami antara syarikat bumiputera yang kerap dipanggil untuk menyelesaikan masalah lalang, rumput dan semak yang tumbuh meliar di kediaman dan premis perniagaan. Dengan keupayaan pasukan kami untuk projek skala besar, kami mampu menyelesaikan semua masalah halaman rumah dan pejabat anda. Untuk kediaman keluasan kawasan untuk pemotongan rumput biasanya antara 60 x 70 kali persegi.
Jika anda berpuas hati dengan servis potong rumput kami, anda boleh membuat pilihan untuk menjadi pelanggan tetap kami dengan melanggan servis potong rumput secara 1 bulan sekali atau 2 bulan sekali. Dengan menjadi pelanggan tetap kami, kami akan mengingatkan anda tentang jadual pemotongan rumput. Maklumkan sahaja kepada pihak kami yang anda ingin melanggan servis potong rumput secara 1 bulan sekali atau 2 bulan sekali.
Dengan pengalaman membersihkan laman rumah pelanggan selama bertahun-tahun, kami yakin kami boleh bantu anda mendapatkan laman rumah yang bersih, kemas dan sedap dipandang mata tanpa masalah untuk mencari tukang potong rumput setiap bulan.

Skop Kerja
- Memotong rumput bermaksud mengerat/membuang daun rumput menggunakan mesin/alat pemotong rumput yang sesuai dengan tujuan kemasan / cantik / bersih dan seumpamanya mengikut permintaan.
- Memotong rumput, semak samun di kawasan laman yang tumbuh liar.
- Membuang sisa rumput yang telah dipotong serta membersihkan sampah sarap di sekitar kawasan tersebut.
- Serpihan rumput yang jatuh kedalam longkang, kaki lima dan lain-lain tempat hendaklah dibersihkan dengan sempurna.
- Memasukkan rumput yang telah dipotong ke dalam karung plastik sampah.
- ‘Gang Mowers’ hanya digunakan melainkan apabila memotong rumput di tanah lapang dan padang permainan/hiburan.
Meracun Rumput
Kerja-kerja racun rumput dengan menggunakan racun rumpai (glyposate Isopropylamine). Kerja meracun untuk mencegah rumpai biasanya dilakukan 4 bulan sekali terutamanya bagi projek komersial.
Skop Kerja
- Bagi kerja meracun kos termasuk harga bahan kimia/racun.
Menebas Pokok
Kami juga menawarkan perkhidmatan menebas pokok untuk laman, kebun, dusun, ladang dan yang berkaitan. Antaranya ialah menebas pokok keci/renek, pokok pisang dan lain-lain yang seumpamanya.
Meracun Anak Pokok
Meracun bermaksud menyembur racun yang dibenarkan menggunakan alat penyembur yang dibenarkan untuk tujuan membunuh/menghapuskan
rumpai yang tidak diperlukan terutama di lokasi seperti bahu jalan/walk-way dan seumpamanya sehingga ia tidak mencacatkan/merosakkan/membunuh/membahayakan tumbuhan/orang lain dan seumpamanya mengikut permintaan.
rumpai yang tidak diperlukan terutama di lokasi seperti bahu jalan/walk-way dan seumpamanya sehingga ia tidak mencacatkan/merosakkan/membunuh/membahayakan tumbuhan/orang lain dan seumpamanya mengikut permintaan.
Skop Kerja
- Bagi kerja meracun kos termasuk harga bahan kimia/racun.
Meracun Serangga
- Penyemburan racun serangga hendaklah dijalankan apabila perlu atau seperti yang diminta oleh pelanggan.
- Penyemburan dilakukan pada hari panas kerana hari hujan tidak akan memberi kesan kepada serangga.
- Peralatan penyemburan yang sesuai digunakan semasa kerja-kerja dijalankan.
- Racun serangga yang digunakan adalah yang telah diluluskan dan dibenarkan sahaja. Pekerja mestilah
- mengikut arahan dengan teliti seperti yang tertera di label botol.
- Pemeriksaan yang kerap perlulah dibuat supaya serangga-serangga dapat dikawal.
- Kami akan menggunakan jenis racun yang berbeza kerana jika hanya menggunakan racun yang sama sahaja tiap-tiap kali menyembur ia tidak akan
- mendatangkan kesan yang baik bagi membunuh serangga-serangga.
- Siput dapat dielakkan dengan racun serangga yang ditaburkan dikeliling pokok yang diserang.
- Semut-semut hendaklah dikawal dengan menaburkan racun serangga didalam bentuk serbuk disekeliling tanaman.
- Semut putih boleh dikawal semasa proses menanam pokok.
- Racun serangga ditaburkan kedalam lubang tanaman agar akar-akar tanaman tidak diserang serangga perosak.
Menebang Pokok
Untuk perkhidmatan penebangan pokok, kami bukan sahaja akan tebang semua jenis pokok yang diminta pelanggan, malah akan membuang semua daun yang gugur daripada pokok semasa proses penebangan, masukkan daun dalam plastik sampah dan meletakkannya di luar rumah atau tong roro bergantung pada keadaan. Sudah ramai yang kami bantu untuk kerja penebangan pokok yang membahayakan terutamanya kepada struktur rumah. Dengan itu ancaman pokok tumbang dan kemusnahan harta awam akan dapat dikurangkan.
Untuk kediaman ukur lilit pokok biasanya 400 mm dan ketinggian sebanyak 10 meter. Skylift akan digunakan untuk pokok yang besar dan tinggi. Dengan ada skylift kita risiko silap tumbang pokok boleh dikurangkan.
Kami beroperasi di kawasan perumahan, jalan raya, lebuhraya, taman-taman, sektor perindutrian seperti kilang, premis perniagaan, kolej, sekolah dan sebagainya.
Dari segi masa, proses penebangan sebatang pokok setinggi 20 meter mengambil masa lebih kurang satu jam, manakala pokok-pokok biasa hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Masa yang diambil mengambil kira keadaan sekeliling pokok, ruang kerja di sekitar pokok, bentuk fizikal pokok dan kuantiti dahan yang bercabang. Faktor akar besar dan berlingkar di pangkal pokok juga memainkan peranan dalam sesi penebangan. Pemotongan dahan pokok harus dibuat sedikit demi sedikit bagi mengelakkan pokok tumbang atau dahan yang besar jatuh dan menghempap kawasan sekitar. Penebangan pokok juga perlu menggunakan kepakaran penebang pokok selain dari peralatan dan mesin yang digunakan. Keselamatan pekerja dan kawasan sekitar juga turut dititikberatkan dalam proses ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Skop menebang pokok dan meratakan tapak termasuk menyediakan pekerja, jentera, mesin, pengangkutan dan segala peralatan yang perlu bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:
- Pokok ditebang hingga ke paras tanah (6 inci dari paras tanah).
- Membersih dan membuang sisa penebangan pokok.
- Menebang pokok termasuk mengeluarkan bahagian batang, akar, umbi dan sebagainya dari tapak asal dan seterusnya diangkut ke tapak pelupusan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Lubang yang terhasil daripada kerja-kerja mengeluarkan akar/umbi jika perlu akan ditimbus dan diratakan semula dengan tanah asal atau ditambah dengan tanah baru jika tidak mencukupi.
Memangkas Dahan dan Ranting Pokok (Prunning/Trimming)
Kami menawarkan servis memangkas dahan dan ranting pokok untuk semua jenis terutamanya pokok utama, pokok teduhan, palma, pokok pagaran/renik dan pokok bunga. Kami juga melakukan kerja untuk pokok renek berbunga dan topiary mengikut bentuk yang sesuai atau permintaan.
Memangkas bermaksud membuang dan memotong bahagian dahan atau pucuk atau pelepah atau batang pokok bagi sesuatu pokok utama atau pokok renek atau pokok palma dan seumpamanya bagi tujuan kemasan/keselamatan/keindahan dan seumpamanya mengikut seperti yang diminta.
Dalam kerja-kerja pangkasan pokok, kami akan mencantas semua dahan pokok menggunakan peralatan mesin trimmer. Untuk projek komersial biasnya kerja dilakukan 1 bulan sekali. Bagi kawasan kediaman, untuk cantasan dahan pokok ukur lilit bisanya dalam 200 mm dan tinggi pokok tidak melebihi 10 meter. Untuk pangkasan biasanya kerja yang dilakukan mengikut level yang tuan rumah inginkan.
Pemangkasan pokok adalah penting untuk mengekalkan kesihatan pokok anda, merangsang pertumbuhan dan mengekalkan penampilan semula jadinya, tetapi mereka yang buat sendiri biasanya melakukan pemangkasan secara tidak betul, menyebabkan kerosakan serius pada aset hijau kesayangan anda.
Kerja tersebut melibatkan pemahaman mendalam tentang biologi pokok, kelemahan tumbuhan dan bagi meminimumkan kesilapan yang menghalang pertumbuhan pokok atau menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.
Kaedah memangkas dan mencantas dengan mengeluarkan kayu mati yang betul yang membentuk pokok anda secara estetik dapat meningkatkan keindahan landskap dan seterusnya mencapai matlamat landskap anda.

Tujuan Pemangkasan
Pada umumnya, tiada bahagian pokok yang boleh dipangkas tanpa sebarang sebab dan tujuan
yang jelas. Berikut adalah tujuan pemangkasan:
yang jelas. Berikut adalah tujuan pemangkasan:
- Mengurangkan risiko kegagalan pokok
- Memberi laluan atau ruang
- Mengurangkan rintangan angin
- Mempertingkatkan visual
- Mengawal jangkitan penyakit
- Mempertingkatkan nilai estetik
- Mengekalkan kesuburan
- Meningkatkan penerimaan cahaya matahari di bahagian bawah pokok.
Memangkas Pokok (Biasa)
Memangkas semua dahan-dahan dengan mengekalkan 2 – 4 dahan utama sahaja. Ketinggian dan bilangan dahan yang dikekalkan hendaklah bersesuaian dan seimbang dengan bentuk pokok.
Memangkas Pokok (Pollard)
Memangkas semua dahan-dahan utama dengan mengekalkan 1/3 batang pokok dari paras tanah. Tahap minima batang pokok yang dikekalkan dari paras ke atas adalah sekurang-kurangnya 20 kaki.
Skop Kerja
Menyediakan pekerja, jentera, mesin, pengangkutan dan segala peralatan yang perlu bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:
- Membuang tunas air, ranting padah, sekoh, pelepoh kering dan lain-lain.
- Memangkas dahan dan ranting pokok separas dengan pagar dan seterusnya diangkut ke tapak pelupusan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Kerja Merumput (Weeding)
Skop kerja kerja merumput (weeding) adalah seperti berikut:
- Membekal pekerja, peralatan, perkakas dan sebagainya untuk kerja-kerja merumput dalam kawasan tapak.
- Rumput-rampai dan rumpai yang hidup di atas batasan tanaman dibuang secara ‘manual’ kesemua bahagian (termasuk akarumbi, akar rizom
- dan bahagian vegetatif) rumput-rumpai dan tumbuhan lain tidak boleh berada di dalam tanah.
Untuk projek komersial kerja merumput yang dilakukan adalah seperti berikut:
- Bagi pokok kayu (tress) – 30 cm keliling batang pokok.
- Bagi pokok renik (shrubs) – 10 cm keliling batang pokok atau penghujung mengikut permintaan pelanggan.
- Bagi pokok tutup bumi dan rumput, semua rumput-rumpai atau tumbuhan lain hendaklah dicabut dan dibuangkan.
Membaja
Skop membaja adalah seperti berikut:
- Membekalkan pekerja, alat-alatan, mesin-mesin, perkakas dan sebagainya untuk kerja-kerja membaja di dalam kawasan tapak.
- Kerja-kerja membaja akan dilakukan mengikut permintaan dari pelanggan atau wakilnya.
- Kerja-kerja membaja mestilah mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pelanggan atau wakilnya.
- Faktor keselamatan dijaga semasa kerja-kerja pembajaan.
- Segala perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja pembajaan akan dirujuk terlebih dahulu kepada pelanggan atau wakilnya.
Buang sampah
Jika anda perlukan khidmat buang sampah jenis kayu, plastik, pokok dan batu konkrit menggunakan tong roro sila hubungi kami. Harga tong roro adalah mengikut saiz dan lokasi. Saiz tong yang disediakan adalah seperti berikut:
Antara jenis sampah yang kami buang ialah sampah ubah suai rumah, sampah kilang, sekolah dan pejabat, sampah pukal dan perabot, sampah potong pokok dan sampah lanskap.
- Roro Bin Saiz Kecil: 12' (L) X 6' (W) X 2.5' (H)
- Roro Bin Saiz Besar: 12' (L) X 6' (W) X 4' (H)
- Roro Bin Saiz Besar: 12' (L) x 6' (W) x 5' (H)
- Roro Bin Saiz Giant: 14' (L) X 7' (W) X 5.5' (H)
- Roro Bin Domestik : 12' (L) X 6' (W) X 4' (H) dengan bumbung
Antara jenis sampah yang kami buang ialah sampah ubah suai rumah, sampah kilang, sekolah dan pejabat, sampah pukal dan perabot, sampah potong pokok dan sampah lanskap.
Pembersihan Kawasan atau Menyapu
Kami juga menawarkan servis pembersihan kawasan seperti kawasan luar rumah yang penuh dengan semak dan tumbuhan. Pembersihan dan menyapu biasanya dijalankan dijalankan setiap hari bagi projek komersial.
Skop Kerja
Skop kerja pembersihan kawasan dan menyapu adalah seperti berikut:
- Membekalkan pekerja untuk kerja-kerja mengutip segala jenis sampah secara ‘manual’ dengan tenaga kerja dan peralatan yang sesuai.
- Membersihkan serpihan rumput, dedaun, kayu-kayu, sampah, tanah-tanah dan segala kotoran.
- Menyapu dan membuang sampah sarap dan daun-daun kering yang terdapat di sekitar kawasan.
- Membersihkan dan membuang sampah disekitar batas tanaman, pokok, kawasan lanskap kejur (hard landscape) semua tempat duduk, kawasan berturap, laluan pejalan kaki dan lain-lain.
- Sampah dari kawasan penanaman termasuk juga pembuangan beg-beg plastik, tin/kotak minuman, kertas-kertas, kayu-kayu dan lain-lain.
- Selepas kerja-kerja pembersihan kawasan, pekerja di kehendaki memasukkan segala sampah, rumput-rumput dan dedaun ke dalam beg plastik dan dibawa keluar dari kawasan kerja dan membuangkannya di tempat yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Menggembur Tanah
Bermaksud membalik-balikkan tanah/pasir di keliling/sekitar/kawasan pokok/tanaman penutup bumi/kawasan laman/taman/kebun,dusun/ladang bagi tujuan kemasan/pengudaraan tanah/pengindahan dan seumpamanya mengikut permintaan pelanggan.
Skop Kerja
- Membekal pekerja, peralatan, perkakas dan sebagainya untuk kerja-kerja penggemburan pasir di dalam kawasan tapak.
- Segala sampah-sarap, daun-daun, rumput rumpai dan apa jua sampah mahu pun kekotoran dibersihkan.
- Rumput dan lain-lain sampah perlu dibuang supaya kelihatan bersih, kemas dan cantik.
- Selepas menggembur tanah diratakan supaya kelihatan kemas dan cantik.
Mencuci Longkang
Pencucian longkang hendaklah dijalankan sebulan sekali untuk projek komersial atau seperti yang diminta pelanggan.
Skop Kerja
Skop pencucian longkang adalah seperti berikut:
- Pembersihan longkang-longkang dari sampah sarap, tanah dan sebarang tumbuhan hendaklah menggunakan peralatan yang berkesan dan sesuai.
Pembersihan dan Pencucian Khas
Antara kerja-kerja yang kami tawarkan adakah seperti berikut:
- Membersih dan mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai gambar dan lain-lain kelengkapan dalam rumah, pejabat dan semua jenis bangunan.
- Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah, kawasan tahi burung, sawang dan seumpamanya untuk rumah, pejabat, hotel, chalet, homestay, sekolah dan seumpamanya.
- Mengelap lantai bilik rumah dan pejabat menggunakan bahan kimia yang bermutu.
Nazran Integrated Resources
Hakcipta © 2023