Jika dahulu aktiviti menerbangkan dron sekadar hobi rekreasi hujung minggu, kini kemahiran menerbangkan dron mampu mencetuskan kerjaya profesional masa hadapan bergaji lumayan. Ternyata kepakaran menerbangkan dron kini tidak sekadar 'permainan' alat kawalan jauh atau bagi tujuan fotografi serta merakam video panorama dari sudut tinggi (high angle). Malah, lebih dari itu, dron memainkan peranan besar dalam pertumbuhan ekonomi pertanian mapan serta mendapat tempat di kalangan petani moden. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kemahiran menerbangkan dron digunakan bagi tugas membaja dan menyembur racun dan membaja untuk tanaman padi. Satu keping sawah (1 hektar) dikenakan cas RM300 dari proses penanaman sehingga menuai. Dron juga telah digunakan untuk kerja meracun di ladang kelapa sawit dan ladang pisang. Jenis dron yang digunakan dalam kerja meracunAntara jenis dron yang digunakan untuk kerja meracun dan menabur baja ialah model Effort Tech (EFT) E416 dan E616. "E416 merujuk kepada dron empat kipas berkapasiti 16 liter. Manakala E616 adalah dron enam kipas berkapasiti 16 liter. Dron ini ada yang telah diubahsuai bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kemampuannya. Kebaikan teknik semburan menggunakan dron adalah ia lebih rata dan cepat, sekali gus meningkatkan hasil padi berbanding semburan biasa. Kemahiran menerbangkan dronKerjaya sebagai pengendali pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron adalah kerja yang agak mencabar mencabar. Untuk bergelar pilot dron profesional pekerja perlu mengikuti pelbagai kursus serta latihan bagi menjadi pengendali dron profesional. Di dalam kursus latihan pengedali dron peserta akan mempelajari cara mengendalikan dron dengan betul. Untuk mahir asas mengendalikan dron mengambil masa kira-kira sebulan. Setiap kali melakukan semburan, pekerja perlu tahu berapa banyak tong yang sesuai bagi menyembur racun secara efektif menggunakan dron. Selain itu, ketinggian dron juga perlu dikawal rapi semasa menyembur racun bagi menghapuskan penyakit pada padi serta serangan serangga seperti ulat padi dengan berkesan. Masa yang diperlukan untuk menyembur racun menggunakan dron bagi sawah padi dianggarkan sekitar 30 minit termasuk penyediaan racun dan persiapan dron. Masa diperlukan untuk menyembur racun bagi sawah padi berkeluasan satu hektar hanya selama tujuh minit berbanding cara tradisional memakan masa antara sejam hingga dua jam. Penggunaan dron dapat mengoptimumkan rawatan tanaman secara teliti, sekali gus dapat meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil dan mengurangkan kos. Pada masa sama, kebaikan teknik semburan menggunakan dron ini lebih rata dan cepat, sekali gus meningkatkan hasil padi berbanding semburan biasa. Melalui kaedah moden itu, kerja membaja dan menyembur racun yang mengambil masa hampir sebulan menggunakan tenaga manusia, kini dapat dikurangkan hampir 50 peratus. Proses menyembur racun menggunakan dron dan teknik Ultra Low Volume (ULV) iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka pokok padi supaya racun sampai ke pangkal tumbuhan. Dron juga bersifat jujur apabila berupaya mengesan koordinat lokasi penyemburan dalam sawah secara tepat kerana dilengkapi sistem pengesanan global (GPS). Jika bateri lemah semasa penyemburan, dron akan dibawa semula kepada pengendali untuk menukar bateri dan apabila ia diterbangkan, ia akan kembali ke lokasi terakhir penyemburan untuk kembali bermula di situ. Semburan racun atau baja menggunakan tenaga manusia menyebabkan semburan tidak rata, selain terpaksa memijak tanaman yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit. Bagaimanapun, dengan menggunakan dron, masalah itu tidak timbul, selain menjimatkan masa. Pulangan pendapatanPulangan pendapatan melalui pekerjaan ini amat memuaskan dan jauh dari sangkaan ramai. Malah ia mampu menjamin masa depan. Bidang ini telah menjadi satu bidang kerjaya baru. Di kawasan sawah padi, permintaan terhadap perkhidmatan itu meningkat telah meningkat sehingga pengedali dron mampu mampu meraih pendapatan RM5,000 sebulan. Pengendali dron mampu melakukan semburan sehingga lapan hektar sawah dengan upah RM30 bagi setiap 0.4 hektar dan pada masa sama mengikut saranan daripada Jabatan Pertanian Negeri (JPN).
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |