Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Mengawal tumbesaran tanamanBagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya ialah tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemangkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal penyelenggaraan boleh dilakukan dengan mudah. Menghasilkan struktur tanaman yang kukuhApabila pemangkasan dilakukan mengikut SOP dan teknik yang betul, ia berupaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. Segala nutrisi yang dibekalkan dapat diserap oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus. Mencegah penyakit dan serangan seranggaJika pokok terlalu padat ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujuan memberi peluang kpada aliran udara menembusi celah daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat bagi serangga perosak dan penyakit. Disamping itu ia dapat mencegah potensi pembentukan habitat untuk serangga yang suka bertapa dibawah daun dan dahan. Menggalakkan produktiviti buahApabila selesai musim menuai atau bunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru inilah kudup atau putik baru terbentu. Sebab itu ada diantara pokok yang perlu dicantas sebatyak 80 % untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak contohnya anggur. Tumbesaran pokok lebih seimbang dan suburKesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian yang utama dan penting. Pokok pula menjadi lebih sihat dan seimbang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput, atau mana-mana perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami di 012-720 2653.
0 Comments
Salah satu aktiviti penting untuk mengekalkan kesihatan dan estetika rumput rumput adalah pemotongan yang ideal. Sama seperti tumbuhan lain, rumput juga cenderung tumbuh dengan cepat dan sentiasa perlu dipotong dari masa ke semasa. Apabila tumbuhan meliar, bercabang dan padat, rumput kelihatan tidak keadaan kemas. Oleh itu, memotong rumput adalah sangat penting bagi penyelenggaraan halaman anda. 1. Faedah kosmetikFaedah kosmetik adalah faedah asas memotong rumput anda. Potongan yang betul dan ideal akan menjadikannya nampak indah dan kemas. Rumput yang terjaga dengan baik menyerlahkan penamilan rumah anda. 2. Kualiti rumputApabila dipotong dengan baik, rumput akan tumbuh dengan mantap dan seragam. Ini berlaku kerana selepas dipotong, semua kawasan rumput menerima cahaya matahari dan air secara seragam. Oleh itu, pertumbuhannya juga seragam. Semua sumber tenaga yang datang dari matahari diagihkan sama rata ke halaman rumah. Oleh itu, penampilan keseluruhan halaman menjadi baik. 3. Mengawal rumpaiPenampilan menarik rumput anda bukanlah satu-satunya faedah yang diperoleh daripada memotong rumput. Ia juga memudahkan anda untuk mencegah rumpai. Walaupun rumput dipotong dengan kerap, rumput boleh tumbuh semula lebih cepat daripada perosak seperti rumpai. Memotong secara berkala membolehkan anda mengawal rumpai dan memastikan rumput sentiasa sihat. 4. Kerja membersihan serpihan dan daun gugur tidak tertangguhApabila kerja memotong rumput menjadi aktiviti rutin, serpihan dan daun gugur tidak dibiarkan terkumpul dalam jangkamasa yang lama hingga sukar untuk dibersihkan. Daun yang gugur boleh diratakan supaya tugas pembersihan dijalankan dari semasa ke semasa untuk menjadikan halaman rumah anda kelihatan bersih, menarik, dan membebaskan anda daripada kerja-kerja membersihkan serpihan yang sudah lama tidak dibersihkan. Memotong rumput dengan menggunakan khidmat pemotong rumput tentunya melibatkan kos. Tetapi apabila anda membandingkan faedah yang anda perolehi dengan kos yang dibelanjakan, anda pasti akan memotong rumput secara berkala, kerana ia akan menjadikan taman anda kelihatan elegan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput, atau mana-mana perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami di 012-720 2653. Perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput menjadikan laman anda nampak menarikDaripada hartanah komersil yang luas hingga ke halaman rumah, menyelenggara dan menjaga halaman melibatkan banyak tugasan. Tidak semua orang mempunyai masa dan keupayaan untuk melakukan kerja tersebut. Itulah sebabnya Coolmaster menawarkan perkhidmatan penjagaan dan penyelenggaraan rumput. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?Berbagai perkhidmatan yang kami lakukan termasuk pemotongan rumput. Ia adalah tugas mingguan yang menjadi masalah banyak kebanyakan pemilik rumah dan pengurus hartanah komersial yang besar. Masalah utama ialah masa, peralatan, dan kepakaran untuk memotong rumput. Biarkan kami yang menguruskan kerja-kerja tersebut. Semasa kami memotong rumput anda, kami juga sedia memangkas mana-mana pokok renek, mengutip sebarang sampah, serpihan atau keratan pokok. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
September 2022
Categories |